Gossip yang masih panas dalam ruang udara media sosial adalah mengenai ura-ura bahawa Man Utd turut bersaing dengan Arsenal, Man City dan Chelsea untuk mendapatkan pemain muda Liverpool Raheem Sterling dengan nilai 50 juta Pound atau RM270 juta.
Berita ini di siarkan oleh Akhbar Guardian pada mulanya dan di sambung pula oleh SUN London.
Malah pihak akhbar berkata ujudnya pertanyaan rasmi Man Utd kepada kelab Liverpool untuk pemain berusia 20 tahun.
Di Anfield, Raheem telah menolak tawaran gaji 100,000 pound seminggu dengan kontrak selama 5 tahun. Peminat Liverpool marah dengan sikap Raheem dan pemain ini menjadi bahan kecaman mereka sejak tewas kepada Man Utd dan juga kepada Arsenal semalam. Raheem di gelar mata duitan dan berita kaitan dengan Man Utd ini pasti membuat peminat Liverpol yang sudah marah akan menggila pula.
Adakah Man Utd benar-benar perlukan Raheem Sterling yang mampu bermain sebagai penyerang dan sayap ? Pemain ini laju, bagus kawalan bola dan mampu mengancam lawan tetapi rasanya kita ada ramai pemain yang bermain corak seakan sama dengan Raheem.
Berdasarkan sejarah kedua-dua kelab tiada mana-mana pemain antara Man Utd dan Liverpool yang masuk ke kelab musuh ini secara direct dalam tempoh 51 tahun. Pemain terakhir yang berpindah dari Man Utd ke Liverpool adalah Phil Chisnall yang bermain sebagai penyerang pada 1964 dan pemain terakhir Liverpool yang berhijrah ke Man Utd adalah Allenby Chilton yang berlaku pada 1938.
Kemungkinan Raheem ke Man Utd adalah tipis kerana sejarah permusuhan antara kedua-dua kelab dan Liverpool tentunya tidak mahu bersemuka dengan kemarahan peminat-peminat nya di serata dunia di mana pemain mereka mampu di sambar oleh Man Utd yang mana secara logiknya Man Utd lebih kaya dan berkemampuan dari Liverpool.
*Gambar - Allenby Chilton yang merupakan pemain terakhir Liverpool menyertai Man Utd secara direct pada 1938.