Friday, March 27, 2015
10 Fakta yang ramai tidak tahu mengenai pengurus lagenda Sir Alex Ferguson
1.Sir Alex Ferguson adalah orang ketiga dalam Man Utd yang menerima gelaran Sir dari Queen dan dua lagi adalah Matts Busby dan Bobby Charlton.
2.Nama sebenarnya adalah Alexander Chapman Ferguson.
3.Beliau adalah penyokong kelab Rangers Fc di Scotland.
4.Kelab Nottingham Forest pernah melamar nya untuk menjadi pemain kelab itu di liga England pada 1969 tetapi dia menolak kerana isterinya tidak suka kehidupan di England (pada masa itu).
5.Kelab East Stirlingshire merupakan kelab pertama dia menjadi pengurus di mana Sir Alex baru berusia 32 tahun dan di tawarkan gaji 40 pound seminggu !
6.Sir Alex menghadapi perlawanan pertama sebagai pengurus dalam hidupnya untuk kelab East Stirlingshire dengan masaalah besar kerana kelab itu tidak mempunyai penjaga gol !!
7.Penyerang kelab East Stirlingshire iaitu Bobby Mc Culley masih ingat perlawanan itu dengan berkata "saya tidak pernah merasa takut sebelum ini sehingga lah bertemu *bastar* ini..."
8.Jock Stein yang merupakan pengurus lagenda dan rakan baik nya adalah orang yang mempengaruhinya supaya berpindah dan mengurus kelab yang lebih besar iaitu St Mirren.
9.St Mirren merupakan satu2nya kelab yang memecat Sir Alex Ferguson pada 1978 kerana isu mahkamah dan pelanggaran kontrak.
10.Sebelum bermula musim 1989/90 Man Utd telah bermain perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Bermuda dan Somerset County Cricket Club di mana Sir Alex Ferguson sendiri turun bermain bersama pembantu nya Archie Knox.Ini merupakan perlawanan pertama dan terakhir nya sebagai pemain yang menyarung jersi Man Utd.