Friday, January 23, 2015

Mencari Ramli - Musim 4

Tahukah anda? Peserta Mencari Ramli 1, Sean Gan Giannelli baru sahaja menyertai pasukan JDT IV untuk saingan musim 2015? Beliau juga pernah beraksi di Itali, selain daripada itu, dalam satu perlawanan persahabatan awal tahun ini, beliau bermain untuk pasukan utama JDT bersama-sama pemain seperti pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan.

Sean Gan Giannelli

Tahukah anda? Adam Nor Azlin, finalis Mencari Ramli 1 kini bermain untuk pasukan Harimau Muda di mana beliau sudah banyak menimba pengalaman di Australia, Slovakia,& juga pengalaman perlawanan-perlawanan di negara-negara seperti China, Indonesia, Vietnam dan lain lain. Ingin merealisasikan impian korang untuk menjadi pemain bolasepak professional?

Adam Nor Azlin

Orang Utara dah ready untuk Mencari Ramli 4 tak? Pasukan Uji Bakat akan ke Perak pada 24-25 Januari & 31-1 Febuari 2015 untuk sesi pemilihan pertama Mencari Ramli Musim ke-4!

DAFTAR DI SINI


So geng, mana yang bawah 13 & bawah 16 tahun tu yang nak cuba nasib, mana la tahu boleh pergi Manchester dan berlatih dengan Manchester United Soccer School. Jom daftar dekat SINI!


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .